Kelas Asas Animasi (Powerpoint)
3 November 2018 | Aktiviti TerkiniBerikutan pada hari tersebut pelajar sekolah rendah dan menengah bercuti sempena Good Friday untuk pelajar yang beragama Christian. Oleh itu, Pusat Internet Kg Taee mengadakan Kelas Asas Animasi menggunakan Powerpoint. Sebanyak 15 orang pelajar yang menyertai kelas ini.
Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengajar para pelajar menggunakan Microsoft Office sebagai asas untuk membuat animasi. Selalunya animasi menggunakan aplikasinya yang tersendiri. Melalui Power Point, para pelajar boleh belajar sesuatu yang baru dan kreatif. Antara tujuan yang lain ialah memberi pendedahan kepada para pelajar kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan Power Point.
Kelebihan yang pelajar boleh dapat melalui pembelajaran ini ialah pelajar mendapat kelas asas membuat animasi secara percuma. Seterusnya pelajar belajar sesuatu yang baru dan selaras dengan pembelajaran orang dewasa dan tidak mustahil bagi mereka untuk menguasai pembelajaran seperti ini pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: